Pelajar Kolej Maut Dirempuh Kereta

Diterbitkan: Khamis, 13 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang pelajar Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi Melaka (MiCoST) maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Jalan Tun Razak-Lebuh Ayer Keroh berhampiran Zoo Melaka di sini, Rabu. Muhammad Rifai Zainal, 21, yang dalam perjalanan pulang ke asramanya di Taman Murai Jaya, Durian Tunggal meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian muka dalam kemalangan pada pukul 5.40 petang.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata kereta yang dipandu pelajar tahun dua Diploma Pengurusan Sumber Manusia itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta lain dipandu seorang lelaki berusia 28 tahun ketika tiba di lokasi kejadian.

Beliau berkata ketika kejadian mangsa yang baru lepas menduduki ujian pertengahan semester sedang menghala ke persimpangan lampu isyarat Taman Botanikal dari arah Persimpangan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

"Kereta yang dipandu mangsa berada di laluan kiri secara tiba-tiba dilanggar sebuah lagi kereta yang berada di laluan kanan menyebabkan kereta mangsa terbabas sebelum merempuh tembok batu laluan pejalan kaki bawah tanah berhampiran Taman Buaya," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Salehhudin berkata akibat pelanggaran itu, kereta yang dipandu mangsa remuk di bahagian hadapan dan belakang manakala pemandu sebuah lagi kereta hanya cedera ringan.

Katanya mayat mangsa terpaksa dikeluarkan oleh anggota-anggota bomba dari Balai Bomba Ayer Keroh sebelum dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Sementara itu, rakan sekelas mangsa, Amirul Shazlan Roslan, 20, berkata ketika kejadian dia sedang menunggang motosikal untuk pulang ke asrama mereka di Taman Murai Jaya sebelum melihat kereta mangsa terbabit dalam kemalangan ketika melalui lokasi tersebut.

"Saya terus berhenti dan segera ke arahnya yang masih bernyawa. Saya cuba memanggilnya namun tiada tindak balas sebelum langsung tidak bergerak menyebabkan saya membuat panggilan kecemasan," katanya.

Amirul berkata mangsa yang berasal dari Kampung Padang di Jalan Pokok Mangga di sini merupakan anak tunggal selain seorang rakan yang pendiam, berdisiplin dan menyertai Askar Wataniah. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan