Lelaki Tulis Status Hasutan Di Facebook Ditahan

Diterbitkan: Selasa, 11 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lelaki yang didakwa memuat naik kenyataan berunsur hasutan di Facebook berhubung sambutan Thaipusam baru-baru ini ditahan pada Isnin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi twitnya mengesahkan mengenai tangkapan berkenaan.

"Akhirnya ‘MAN NANBLAST’ yang muat kata-kata berunsur hasutan semasa upacara Thaipusam tempoh hari berjaya ditangkap tadi @PDRMsia," tulis beliau di Twitter.

Bagimanapun maklumat lanjut mengenai tangkapan itu masih belum diperolehi.

Sebelum ini, pengguna Facebook yang menggunakan nama samaran 'Man Namblast' menulis di statusnya ketika sambutan Thaipusan pada 17 Januari lalu berbunyi: "Berpuluh ribu syaitan sedang berarak menaiki tangga Batu Cave."

Sekurang-kurangnya 178 laporan polis dibuat pada hari hari berikutnya.

Khalid sebelum ini dilaporkan berkata bahawa pihak polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenal pasti pemilik akaun Facebook berkenaan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan