Lelaki Maut Dilanggar Ketika Hendak Buang Sampah

Diterbitkan: Selasa, 11 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Seorang lelaki maut dilanggar kereta ketika hendak membuang sampah di hadapan rumahnya di Kampung Sundang Darat, Jalan Batu Sapi dekat sini Isnin.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Rowell Marong ketika dihubungi di sini Isnin berkata, mangsa dikenali sebagai Naning Ani, 58, menjadi mangsa langgar lari dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu.

Katanya, mangsa mati di tempat kejadian selepas dipercayai dilanggar sebuah kereta berdasarkan siasatan awal di lokasi kemalangan.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk bedah siasat, katanya.

Rowell menasihatkan pemandu kereta terbabit tampil membuat laporan polis dan orang ramai yang melihat kejadian itu tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Zabir Arifin di talian 089-212222 sambungan 254. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan