Kastam Selangor Tangkap 41 Pati

Diterbitkan: Selasa, 11 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Antara Pati yang ditahan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Manusia 2007 di muara Sungai Langat, Sepang pada Ahad lalu.
Antara Pati yang ditahan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Manusia 2007 di muara Sungai Langat, Sepang pada Ahad lalu.

PORT KLANG: Unit Marin Kastam Selangor menahan 41 pendatang asing tanpa izin (Pati) ketika rondaan berhampiran muara Sungai Langat, Sepang pada Ahad.

Pengarah Kastam Selangor, Badaruddin Mohamed Rafik berkata, tangkapan itu dibuat oleh lima pegawai kastam kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

"Kumpulan Pati yang berumur antara 20 hingga 50 tahun itu tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah.

"Mereka terdiri daripada 31 lelaki dan 10 wanita," katanya.

Dua daripada 10 wanita itu didapati mengandung.

"Siasatan awak mendapati kumpulan itu dalam perjalanan pulang ke Indonesia bagi mengelak daripada ditahan pihak berkuasa Malaysia," katanya.

Tambah Badaruddin, mereka kini ditahan reman selama seminggu.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Pencegahan Pemerdagangan Manusia 2007 kerana menyembunyikan atau melindungi migran yang diseludup dan Seksyen 5 (1) Akta Imigresen 1959/1963 kerana tidak mempunyai pas perjalanan dan permit sah.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan