Tahanan Mati Dalam Lokap Balai Polis Nibong Tebal

Diterbitkan: Isnin, 10 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes curi ditemui mati di lokap Balai Polis Nibong Tebal, di sini Isnin akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superitenden Shafien Mamat berkata, A. Punniyanathan, 40, ditemui dalam keadaan bogel dan tertiarap di lantai lokap pada 6.20 pagi.

"Hasil bedah siasat yang dijalankan Hospital Seberang Jaya (HSJ) mendapati lelaki yang ditahan pada Rabu lepas itu mati disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru. Tiada kecederaan ditemui pada badannya," katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin.

Shafien berkata, anggota yang membuat rondaan malam Ahad mendapati lelaki terbabit meracau, menjerit dan menanggalkan pakaiannya hingga bogel dalam sel tahanannya.

"Anggota kami telah nasihatkannya supaya berkelakuan baik, bagaimanapun dia terus bising dan meracau-racau sebelum diam dan ditemui mati pagi ini," katanya.

Shafien berkata, lelaki itu turut berkelakuan sedemikian Sabtu lepas sambil mengadu sakit dan polis membawanya untuk rawatan di Hospital Sungai Bakap, di sini.

Doktor memberi satu suntikan dan memaklumkan dia bertindak sedemikian kerana berada dalam ketagihan arak, kata Shafien sambil memberitahu lelaki yang berasal dari Sungai Bakap itu mempunyai beberapa rekod jenayah termasuk curi dan gaduh. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan