Polis Tahan Enam Lelaki Gali Kubur Orang Asli

Diterbitkan: Isnin, 10 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Beginilah keadaan sebuah kubur Orang Asli yang digali di Kampung Deraman, Batu 3, Kuala Rompin. -fotoBERNAMA
Beginilah keadaan sebuah kubur Orang Asli yang digali di Kampung Deraman, Batu 3, Kuala Rompin. -fotoBERNAMA

ROMPIN: Polis menahan enam lelaki termasuk remaja 14 tahun kerana menggali sebuah kubur Orang Asli di Kampung Deraman, Batu 3, Kuala Rompin di sini dipercayai untuk tujuan perubatan.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya berkata polis yang dimaklumkan kejadian itu oleh penduduk kampung berkenaan, menahan mereka kira-kira 9.30 malam Sabtu.

"Siasatan awal mendapati seorang suspek berada dalam senarai dikehendaki dan seorang lagi suspek mempunyai rekod jenayah. Kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan iaitu menceroboh tanah perkuburan," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Beliau berkata suspek mengaku menggali kubur itu untuk mengambil tulang orang mati bagi tujuan perubatan.

Sementara itu, seorang penduduk Tan Din, 39, berkata beliau menyedari kejadian itu ketika pulang ke rumahnya selepas menghadiri mesyuarat bersama ketua kampung kira-kira 9 malam.

"Saya curiga apabila melihat ada cahaya lampu suluh di dalam kawasan perkuburan dan sebuah kereta diletakkan di tepi jalan berhampiran kawasan itu.

"Ketika bertanya kepada tiga orang yang berada berhampiran kereta itu, mereka memberi alasan kereta itu mempunyai masalah enjin," katanya.

Curiga dengan jawapan diberikan, beliau memaklumkan perkara itu kepada Tok Batin Kampung Deraman, Atan Abdul Rahman, 54, yang kemudian terus melapor kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Deraman, Rosman Sulong, 39.

Rosman berkata beliau bersama penduduk kampung lain pergi ke kawasan itu dan mendapat tiga lelaki sedang menggali kubur berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan