Polis Rekod Keterangan Saksi Kes Lelaki Mati Ditembak

Diterbitkan: Isnin, 10 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Pihak polis mengambil keterangan dua saksi awam bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang lelaki mati ditembak selepas cuba menyerang anggota polis di Machap Umboo, Durian Tunggal Jumaat lepas.

Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata siasatan terperinci akan dijalankan dengan seliaan rapi ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri kerana ia melibatkan Prosedur Kendalian Standard (SOP) polis ketika melaksanakan tugas.

"Polis mengambil perhatian serius kejadian tersebut terutama apabila melibatkan kematian suspek dan kita akan laksanakan siasatan terhadap tindakan yang diambil anggota kita sama ada mematuhi SOP atau tidak, sama ada wajar atau tidak," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Beliau berkata tindakan sewajarnya akan diambil jika siasatan mendapati anggota berpangkat koperal terbabit melanggar SOP yang telah ditetapkan.

Katanya anggota berkenaan kini diarah menjalankan tugas pentadbiran sementara siasatan dilakukan.

Chuah bagaimanapun berkata tindakan melepaskan tembakan tersebut dilihat sebagai langkah mempertahankan diri anggota terbabit selain melindungi seorang wanita serta dua kanak-kanak yang berada berhampiran tempat kejadian.

Beliau meminta saksi atau individu yang melihat kejadian tersebut supaya tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian itu mangsa yang berumur 37 tahun dipercayai cuba menyerang anggota polis yang memintanya menyerah diri setelah dia bertindak ganas mahu mencederakan orang lain.

Dia ditembak dan meninggal ketika menjalani rawatan di hospital. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan