Polis Ipoh Tumpas Geng Samun 7-Eleven

Diterbitkan: Isnin, 10 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Dua lelaki yang menyasarkan kedai serbaneka 7-Eleven di sekitar daerah ini, Kampar dan Batu Gajah untuk kegiatan samun sejak Disember lepas akhirnya diberkas oleh polis di Kampung Tawas, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata turut ditahan seorang lelaki yang membeli barangan samun daripada kedua-dua suspek berusia dalam lingkungan 20-an itu.

"Dua suspek yang dipercayai baru melakukan samun di Bercham dan Jelapang ditahan di sekitar Kampung Tawas pada pukul 7.15 malam. Susulan itu seorang lagi lelaki yang merupakan pembeli barang curi ditahan di kedai runcit miliknya di Bandar Baru Putra," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Katanya, siasatan polis terhadap suspek mendapati mereka yang melakukan jenayah itu dengan menaiki sebuah motosikal, merancang untuk menyamun sebuah lagi kedai 7-Eleven sebelum ditangkap.

Menurutnya, kedua-dua lelaki itu dipercayai terbabit dalam 15 kes samun 7-Eleven di Ipoh selain beberapa kes di Kampar dan Batu Gajah.

Modus operandi mereka ialah menyamar sebagai pelanggan sebelum mengeluarkan parang untuk menakut-nakutkan mangsa dan biasanya kegiatan dilakukan awal pagi, katanya.

"Kita dapati suspek yang bekerja sebagai penyelia kebun kelapa sawit dan peniaga kedai runcit itu tidak mempunyai rekod jenayah manakala seorang lagi yang bekerja sebagai mekanik mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan kes curi kenderaan dan samun," katanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan