Warga Emas Maut Dirempuh Motosikal Ketika Melintas Jalan

Diterbitkan: Ahad, 9 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mayat seorang warga emas yang dirempuh sebuah motosikal dibawa oleh pihak polis ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Mayat seorang warga emas yang dirempuh sebuah motosikal dibawa oleh pihak polis ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

PETALING JAYA: Seorang warga emas maut selepas dirempuh sebuah motosikal ketika melintas di Jalan Gombak, Kuala Lumpur pada pagi Ahad.

Menurut jurucakap polis, mangsa dikenali sebagai Seah Gaik Soon, 79, yang merupakan ibu kepada seorang anggota trafik cawangan Kuala Lumpur.

"Kemalangan berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi di Batu Lima, Jalan Gombak.

"Siasatan awal mendapati mangsa dirempuh sebuah motosikal ketika sedang melintas jalan, berdekatan dengan jejantas pejalan kaki yang terletak kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.

"Rempuhan itu menyebabkan mangsa dan penunggang motosikal tercampak. Mangsa maut di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Jurucakap polis berkata, penunggang motosikal yang merupakan orang kurang upaya (OKU) dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Beliau menambah, mayat warga emas itu kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

"Saksi kejadian diminta untuk tampil menghubungi polis bagi membantu siasatan," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan