Polis Siasat Cubaan Bunuh Dua Pemimpin Politik Myanmar

Diterbitkan: Ahad, 9 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis sedang bekerjasama dengan Kedutaan Myanmar di sini untuk mengenal pasti identiti kedua-dua penunggang motosikal yang cuba untuk membunuh kedua-dua pemimpin politik Myanmar di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, beliau percaya suspek merupakan warga Myanmar berikutan konflik yang berlaku di negara itu.

"Kes ini masih dalam siasatan," katanya.

Bernama melaporkan bahawa Pengerusi Parti Pembangunan Kebangsaan Rakhine (RNDP), Dr Aye Maung dan Pengerusi Parti Arakan Liga Demokrasi, Aye Thor Aung sedang menaiki kereta bersama dua lagi rakyat Myanmar di Jalon Alor di sini malam Khamis apabila seorang daripada dua lelaki yang menunggang motosikal melepaskan tembakan tetapi tidak mengenai sasaran itu.

Lelaki itu kemudiannya melarikan diri dengan motosikal yang ditunggangi oleh seorang lelaki.

Menurut sumber, ahli-ahli politik itu baru sahaja meninggalkan pusat membeli-belah apabila mereka cuba ditembak.

"Susulan tembakan itu, kereta yang dinaiki mereka terus memecut ke sebuah hotel," katanya.

Aye Maung juga pengerusi suruhanjaya yang ditubuhkan oleh kerajaan Myanmar untuk menyiasat laporan rusuhan etnik di Rakhine.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan