Lelaki Mati Ditembak Di Flat Perai Jaya

Diterbitkan: Ahad, 9 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Seorang lelaki mati selepas ditembak dua suspek dalam satu kejadian di blok E1 Flat Perai Jaya, di sini malam Sabtu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, ACP Nasir Salleh berkata, dalam kejadian pukul 10.30 malam, mangsa yang berusia lingkungan 30-an itu mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas satu daripada tiga das tembakan yang dilepaskan ke arahnya mengenai kepala.

"Kita difahamkan ketika kejadian mangsa berada di sebuah kedai serbaneka yang terletak kira-kira 200 meter dari flat itu lalu bertembung dengan dua suspek terbabit sebelum mereka mengejarnya sehingga ke bawah flat berkenaan.

"Sebaik sampai di situ, seorang daripada suspek melepaskan tembakan ke arah mangsa yang mana masing-masing mengenai tangan kanan, tengkuk dan kepala. Dua lelaki itu kemudiannya melarikan diri," katanya kepada pemberita di tempat kejadian, di sini awal pagi Ahad.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

Nasir berkata, polis menemui tiga kelongsong peluru di tempat kejadian dan pihaknya percaya mangsa mengenali dua lelaki yang menembaknya itu.

"Motif kejadian masih belum diketahui tetapi kita tidak menolak kemungkinan ia berkaitan dendam. Bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Beliau berkata, polis akan meneliti kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kawasan berkenaan termasuk yang ada di flat berkenaan.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa juga mempunyai sembilan rekod jenayah termasuk pernah ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO) selama dua tahun dan kes pergaduhan.

"Kita minta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan