Kereta Api Barang Terbalik Di Bukit Mertajam

Diterbitkan: Ahad, 9 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sebuah keretapi muatan barang lima gerabak tergelincir daripada landasan berhampiran Taman Tan Sai Gim di Bukit Mertajam, dalam satu kejadian 3.30 pagi tadi. -fotoBERNAMA
Sebuah keretapi muatan barang lima gerabak tergelincir daripada landasan berhampiran Taman Tan Sai Gim di Bukit Mertajam, dalam satu kejadian 3.30 pagi tadi. -fotoBERNAMA

BUKIT MERTAJAM: Sebuah kereta api barang menuju ke selatan tergelincir dari landasan keretapi dan terbalik berhampiran Taman Tan Sai Gin dekat stesen kereta api lama di sini, awal hari Ahad.

Tidak ada kecederaan dilaporkan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti (Tenaga, Air, Telekom) dan Pengangkutan (Udara, Laut, Keretapi) Lim Hock Seng berkata lima gerabak dengan muatan papan cip tergelincir dan mengganggu jadual perkhidmatan perjalanan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

"KTMB kini dalam proses menjalankan kerja pembersihan, termasuk mengangkat gerabak dan kerja-kerja pembaikan lain yang dijangka siap petang ini," kata Lim ketika dihubungi.

"Kren seberat 100 tan telah dibawa ke tempat kejadian untuk mengangkat gerabak tergelincir," katanya.

Semua penumpang yang terjejas telah dibawa dengan bas ke stesen kereta api lain untuk meneruskan perjalanan mereka, kata Lim.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan