Penyelia Syarikat Pengangkutan Maut Ditikan Penyamun Di Gebeng

Diterbitkan: Sabtu, 8 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang penyelia sebuah syarikat pengangkutan maut ditikam dipercayai menjadi mangsa samun dalam kejadian di sebuah kilang di kawasan perindustrian Gebeng pada Sabtu.

Md Saipul Mizan Ibrahim, 33, dari Lorong Balok Sejahtera 12, Beserah ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh pengawal keselamatan kilang itu pada kira-kira 2.20 pagi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Superintenden Mohd Haris Daud berkata sebelum itu, pengawal keselamatan berkenaan terlihat mangsa berlari dari arah kawasan parkir lori sebelum rebah berhampiran pos pengawal.

"Mangsa ketika itu masih dalam keadaan sedarkan diri dan dibawa ke klinik kilang untuk rawatan awal.

"Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia pada 7 pagi tadi semasa dalam perjalanan untuk menerima rawatan lanjut di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata pemeriksaan awal menunjukkan terdapat tiga kesan tikaman pada anggota badan mangsa iaitu di mulut, bahagian kanan dada dan bawah pusat sebelah kiri.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik HTAA untuk bedah siasat.

Mohd Haris juga berkata polis tidak menolak kemungkinan Md Saipul Mizan disamun kerana kereta syarikat jenis Ford Ranger bernombor pendaftaran CBP 8985 berwarna biru gelap hilang bersama-sama dompet dan telefon bimbit milik mangsa.

Beliau berkata polis kini giat mengesan suspek terlibat dan tidak menolak kemungkinan mangsa mengenali individu yang menyamun serta menikamnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan