Penyamun Rompak Wang, Rokok Di Stesen Minyak Maut Dipukul

Diterbitkan: Sabtu, 8 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penyamun bersenjata maut apabila ditangkap dan dipukul orang ramai selepas merompak wang tunai dan rokok di stesen minyak.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.40 malam Khamis di Jalan Jambu Jerteh, Jinjang, dekat sini.

Dua lelaki bermotosikal berhenti di stesen minyak berkenaan dan pembonceng motosikal, yang membawa sebilah parang berlari ke dalam kiosk.

Dia berjaya mencuri wang dan rokok dari kaunter sebelum melarikan diri.

Walau bagaimanapun, dia dikejar oleh orang awam yang berada di situ dan dipukul, manakala rakannya melarikan diri dengan motosikal.

Apabila polis tiba, mereka mendapati suspek rompakan tidak bergerak di atas tanah dengan kesan luka di kepalanya.

Dia dipercayai dipukul sehingga mati dengan batu.

Tidak ada pengenalan pada suspek pada masa kejadian itu.

Polis sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes itu perlu menghubungi hotline polis di 03-2115 9999 atau pergi ke balai polis yang terdekat.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan