Lelaki Terhumban Dalam Kereta Selepas Maut Dirempuh

Diterbitkan: Sabtu, 8 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mangsa terhumban melalui cermin hadapan kereta selepas dilanggar.
Mangsa terhumban melalui cermin hadapan kereta selepas dilanggar.

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga Myanmar yang sedang melintas jalan maut, apabila dilanggar sebuah kereta secara tidak sengaja.

Lebih tragis apabila mangsa kemudiannya tercampak ke bahagian tempat duduk penumpang kereta yang melanggarnya.

Menurut jurucakap polis, siasatan awal mendapati mangsa dikenali sebagai Chan Peng, 41, pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) sedang melintas jalan sebelum dirempuh sebuah kereta di Jalan Cheras-Kajang, arah pusat bandaraya berhampiran Taman Miharja, kira-kira pukul 3 pagi Sabtu.

"Sebuah kereta tidak sempat mengelak mangsa yang melintas jalan di laluan paling kanan dan kejadian berlaku hanya kira-kira 100 meter dari jejantas pejalan kaki.

"Sebaik dirempuh, mangsa tercampak ke arah cermin hadapan lalu terhumban ke dalam kereta, dengan bahagian kepala dan badan betul-betul jatuh di atas riba dan badan penumpang," katanya.

Penumpang, Vimala, 21, turut mengalami kecederaan di bahagian muka akibat terkena serpihan cermin kereta.

Pemandu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Mayat kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Katanya, kes membabitkan warga asing yang menemui ajal ketika melintas jalan sering berlaku dan kebanyakannya adalah warga Myanmar.

Saksi kejadian diminta menghubungi polis untuk membantu siasatan.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan