Lelaki Serang Polis Di Alor Gajah Mati Ditembak - Berita Jenayah | mStar

Lelaki Serang Polis Di Alor Gajah Mati Ditembak

Diterbitkan: Sabtu, 8 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR GAJAH: Seorang lelaki yang menyerang anggota polis dengan senjata tajam mati ditembak di Machap Umboo, Durian Tunggal di sini malam Jumaat.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt Mohamad Laham berkata lelaki yang berumur 37 tahun itu meninggal semasa dibedah untuk merawat kecederaannya di Hospital Melaka.

Beliau berkata pihak polis pada mulanya menerima panggilan daripada jiran suspek pada pukul 3.00 petang semalam memberitahu suspek telah datang ke rumahnya dengan bersenjatakan pisau dan mengugut mahu mencederakannya.

"Sepasukan polis lalu dihantar ke lokasi kejadian namun suspek telah mengurung diri di dalam rumahnya. Anggota polis telah ditempatkan di kawasan rumah suspek bagi mengawasinya," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah di sini Sabtu.

Beliau berkata pada pukul 9 malam, suspek telah keluar daripada rumahnya dengan memegang senjata tajam di kedua-dua belah tangan dan melibaskan senjata itu kepada orang awam dan anggota polis.

Mohamad berkata lelaki itu kemudiannya menaiki motosikal dan lari bersembunyi di sebuah kebun kelapa sawit di kawasan berhampiran.

"Pihak polis cuba memujuk mangsa untuk menyerah diri selama kira-kira 10 minit dan pada pukul 9.30 malam, suspek tiba-tiba meluru keluar lalu cuba menyerang anggota polis.

"Untuk mempertahankan diri, anggota polis terpaksa melepaskan sedas tembakan ke arah suspek mengakibatkan suspek rebah ke tanah," katanya.

Dipercayai suspek mahu mencederakan jirannya kerana marah jirannya itu pernah mengintai isterinya mandi. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan