Balai Polis Bukit Tengah Dibaling Bahan Letupan

Diterbitkan: Sabtu, 8 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anggota polis di Balai Polis Bukit Tengah, Bukit Mertajam membersihkan serpihan kaca dan bumbung siling yang pecah akibat satu letupan yang berlaku di balai berkenaan awal pagi Sabtu. -fotoBERNAMA
Anggota polis di Balai Polis Bukit Tengah, Bukit Mertajam membersihkan serpihan kaca dan bumbung siling yang pecah akibat satu letupan yang berlaku di balai berkenaan awal pagi Sabtu. -fotoBERNAMA

BUKIT MERTAJAM: Sebahagian kawasan pintu masuk dan pos pengawal di Balai Polis Bukit Tengah, di sini rosak selepas beberapa suspek yang tidak dikenali melontar sejumlah bahan letupan dipercayai mercun awal hari Sabtu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang ACP Nasir Salleh berkata dalam kejadian 4.50 pagi itu empat anggota polis yang sedang bertugas tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Dua anggota berada dalam balai polis manakala dua lagi sedang buat rondaan di kawasan balai. Mereka hanya menyedari kejadian itu selepas terdengar bunyi dentuman kuat di bahagian pintu masuk balai.

"Mereka bergegas melihat kawasan kejadian dan mendapati beberapa cermin tingkap dan siling di pintu masuk balai polis itu pecah manakala pos pengawal berhampiran pagar juga rosak akibat letupan berkenaan," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Katanya kerugian akibat kejadian itu dianggarkan antara RM10,000 hingga RM15,000.

"Berdasarkan siasatan awal, beberapa suspek yang dipercayai menaiki motosikal membaling mercun bola yang diikat dalam jumlah yang banyak ke arah pintu hadapan balai berkenaan dan melarikan diri sebaik berbuat demikian.

Kejadian itu berlaku dengan pantas, kata Nasir.

Setakat ini polis belum mengetahui motif sebenar kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

"Tiada kamera litar tertutup (CCTV) di balai berkenaan tetapi kita akan mendapatkan rakaman CCTV yang terdapat di kawasan berhampiran bagi mengenal pasti suspek terlibat," katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 5 Akta Bahan-bahan Hakisan dan letupan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian berkenaan diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), DSP Aziz Ahmad di talian 04-5382222 atau mana-mana balai polis berdekatan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan