Tipu RM3 Juta, Sindiket Warga Afrika Tumpas

Diterbitkan: Jumaat, 7 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lelaki warga Afrika yang ditahan polis kerana menipu seramai 30 mangsa dengan kerugian berjumlah RM3 juta.
Lelaki warga Afrika yang ditahan polis kerana menipu seramai 30 mangsa dengan kerugian berjumlah RM3 juta.

PETALING JAYA: Satu sindiket penipuan menerusi internet yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM3 juta tumpas selepas dalangnya yang terdiri daripada lima lelaki warga Afrika ditahan dalam operasi di Lembah Klang, Perak dan Kelantan pada Khamis.

Dalam tangkapan yang bermula pada pagi itu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis turut menahan lapan wanita dan seorang lelaki yang merupakan pemilik akaun bank atau 'keldai akaun'.

Sindiket tersebut dikesan melakukan penipuan dengan cara kiriman barangan (parcel scam) dan menjadikan wanita tertentu sebagai kekasih melalui laman sosial sebelum meminta wang untuk penipuan (love scam).

Timbalan Pengarah JSJK II, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, tangkapan itu dilakukan selepas pihaknya melakukan risikan selama tiga minggu berdasarkan laporan penipuan yang diterima.

Menurutnya, sindiket berkenaan dikesan telah menipu seramai 30 mangsa dari tiga negeri iaitu Sabah, Johor dan Pulau Pinang yang melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM3 juta.

"Dengan mengesan nombor-nombor akaun yang telah diberikan kepada mangsa untuk membuat transaksi, polis berjaya menahan tujuh perempuan berusia 20 hingga 60 tahun yang juga kekasih kepada warga Afrika terbabit.

"Sebuah badan kebajikan turut dikesan menjadi dalang penipuan apabila membenarkan akaun banknya digunakan bagi urusan transaksi wang daripada mangsa kepada suspek," katanya.

Beliau memberitahu, kesemua 'keldai akaun' terbabit atau wanita yang ditahan dipercayai telah dijadikan kekasih dan dijanjikan kebahagiaan oleh 'awang hitam'.

Jelasnya, siasatan mendapati wanita-wanita yang menjadi kekasih warga Afrika cuba untuk melindungi suspek daripada ditahan pihak berkuasa.

"Sebahagian besar wanita yang ditahan merupakan ibu tunggal dan seorang daripada mereka mempunyai 12 anak termasuk hasil hubungan tanpa nikah dengan warga Afrika itu.

"'Keldai akaun' yang ditahan mempunyai rekod lampau serta pernah ditangkap kerana kesalahan yang sama sejak beberapa tahun lalu," ujarnya.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan