Jurukamera TV9 Perlis Diugut Bunuh

Diterbitkan: Khamis, 6 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Seorang jurukamera TV9 Perlis pada Khamis membuat laporan polis selepas mendakwa menerima ugutan bunuh anak bongsunya oleh orang yang tidak dikenali.

Baseri Din, 55, berkata ugutan bunuh itu ditulis dengan jari di cermin belakang keretanya.

Katanya dia hanya menyedari mengenai ugutan bunuh itu selepas dimaklumkan seorang anggota polis semasa datang ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri untuk membuat liputan sidang akhbar Timbalan Ketua Polis Perlis ACP Md Zukir Md Isa pada 9.45 pagi Khamis.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kangar ASP Sabtu Md Ali yang ditemui pemberita berkata polis sedang menyiasat laporan itu termasuk menggunakan khidmat bahagian forensik untuk mengenal pasti cap jari orang yang menulis ugutan itu. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan