Empat Lelaki Ditahan, Geng Hamper Tumpas

Diterbitkan: Khamis, 6 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis berjaya menumpaskan geng hamper dengan menahan empat lelaki termasuk ketua kumpulan tersebut.

Penahanan itu dibuat selepas polis berjaya menahan seorang lelaki pada 23 Januari lalu di sebuah pangsapuri di Jinjang.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar mengesahkan berhubung penahan ahli kumpulan berkenaan.

"Kami percaya telah melumpuhkan geng hamper selepas keempat-empat suspek terbabit berjaya ditahan," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Ahli geng hamper itu ditahan secara berasingan di beberapa lokasi oleh pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

"Berdasarkan maklumat yang diterima pada 23 Januari lalu, kami telah menahan seorang remaja berusia 19 tahun di sebuah restoran di Plaza Suria, Damansara pada pukul 3.40 petang.

"Kami kemudiannya menahan seorang lagi suspek berusia 29 tahun beberapa jam selepas itu di rumahnya di Desa Aman, Batu 11, Selangor.

"Pasukan khas tersebut kemudian berjaya menahan ketua kumpulan tersebut iaitu lelaki berusia 32 tahun di Puchong pada 2 Februari," jelasnya.

Menurutnya, dalam tangkapan berkenaan, polis turut menemukan beberapan barangan yang dicuri manakala hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan