27 Warga Asing Termasuk Bayi Tiga Bulan Ditahan Di P.Pinang

Diterbitkan: Khamis, 6 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Jabatan Imigresen Pulau Pinang menahan 27 warga asing termasuk seorang bayi tiga bulan dalam serbuan Op 6P di sekitar negeri ini awal pagi Rabu.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang Basri Othman berkata serbuan itu dilakukan di tapak pembinaan di Green Lane, Georgetown serta Flat Prai Jaya dan Taman Mesra di sini dalam operasi bermula 10 malam tadi hingga 2 pagi ini.

"Dalam pemeriksaan itu, kita menahan 25 lelaki warga Indonesia dan Myanmar serta seorang wanita bersama seorang bayi lelaki warga Indonesia. Mereka berusia antara tiga bulan dan 40 tahun," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau berkata dalam serbuan di tapak pembinaan itu, seorang lelaki warga asing yang panik dengan kehadiran pihak berkuasa bertindak memanjat bumbung bangunan separuh siap untuk mengelak daripada dicekup.

"Tindakan lelaki itu sangat berbahaya dan kita berjaya memujuknya turun selepas 15 minit," katanya.

Basri berkata lelaki itu dipercayai tidur di dalam bangunan itu bagi mengelirukan pihak berkuasa kerana kebiasaanya, jabatan itu melakukan pemeriksaan di rumah kongsi berbanding bangunan masih dalam binaan.

Siasatan mendapati lelaki itu tinggal secara haram tanpa dokumen sah di negara ini sejak dua tahun lepas, katanya.

Semua warga asing itu dibawa ke Jabatan Imigresen Seberang Jaya untuk disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan Seskyen 15 (4) akta sama kerana tinggal melebihi tempoh ditetapkan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan