UPP Kedah Tahan Lelaki, Rampas 19,110 Liter Diesel Subsidi

Diterbitkan: Rabu, 5 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT KAYU HITAM: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah menahan seorang lelaki dan merampas 19,110 liter diesel bersubsidi bernilai RM49,686 di KM7 Lebuhraya Utara Selatan arah Bukit Kayu Hitam awal pagi Rabu.

Komander UPP Kedah, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, hasil maklumat awam anggotanya menahan sebuah lori tangki kira-kira 6 pagi Rabu yang dipercayai dalam perjalanan menghantar diesel ke tempat penyimpanan minyak di Padang Besar, Perlis.

Ketika pemeriksaan dilakukan, pemandu lori berusia 43 tahun itu yang berasal dari Bukit Jenun, Pendang menunjukkan dokumen membawa minyak diesel bersubsidi yang dipercayai palsu kerana tidak mempunyai cop Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

"Modus operandi mereka ialah menghantar minyak ke sebuah stor penyimpanan haram pada waktu pagi dan mempamerkan dokumen palsu bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

"Kita percaya minyak itu mahu diseludup keluar ke negara jiran," katanya pada sidang media di pejabat UPP Bukit Kayu Hitam di sini, Rabu.

Abdul Latif berkata, pihaknya percaya diesel itu diperoleh daripada stesen minyak di sekitar kawasan Pendang dan Yan dengan menggunakan kenderaan pengangkut lain sebelum dipindahkan ke lori tangki.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barangan kawalan dengan niat untuk melakukan kesalahan dan jika sabit kesalahan bagi individu kesalahan pertama denda sebanyak RM100,000 atau penjara tiga tahun.

Bagi individu yang melakukan kesalahan kedua, boleh didenda RM200,000 atau lima tahun penjara manakala bagi kesalahan pertama syarikat boleh dikenakan denda RM250,000 atau setahun penjara dan kesalahan kedua denda RM500,000 atau dua tahun penjara.

Kes diserahkan kepada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK) Kedah untuk tindakan lanjut. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan