Tiga Lelaki Malaysia Ditahan Di Thailand Guna Kad Kredit Palsu

Diterbitkan: Rabu, 5 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PATHUM THANI: Polis menahan tiga lelaki rakyat Malaysia di Thailand kerana didakwa menggunakan kad kredit palsu ketika membeli-belah di gedung Zeer Rangsit di sini.

Seorang jurujual kelengkapan elektrik menyedari mengenai penipuan itu lalu menghubungi polis sebelum kesemua mereka ditahan di pusat beli-belah berkenaan.

Ketiga-tiga mereka dikenal pasti sebagai Tee Hock Peng, 50, Tan Cheng Hock, 57, dan Lee Jian Tyng, 24.

Polis merampas tujuh kad kredit, dua helai senarai kad kredit dan sebuah kamera.

Pegawai berkata, kesemua suspek pergi ke pusat membeli-belah tersebut untuk membeli peralatan elektrik pada 3 Februari lalu dan membuat bayaran menggunakan kad kredit.

Bagaimanapun, pengimbas kad kredit tidak dapat membaca salah satu daripada kad kredit tersebut, lalu mereka menggunakan kad-kad yang lain sehingga pembelian mereka diluluskan.

Penjual yang mensyaki terdapat penipuan kad kredit kemudiannya menghubungi polis.

Polis berkata, ketiga-tiga lelaki tersebut membuat pengakuan bahawa seorang ahli perniagaan yang juga rakyat Malaysia mengupah mereka untuk memberi kelengkapan elektrik di Thailand untuk dijual semula.

'Majikan' mereka dikatakan akan memberi ganjaran 10% bagi setiap barangan yang boleh dijual semula.

Polis mendakwa mereka kerana memiliki dan menggunakan kad kredit palsu.

Mereka juga didakwa kerana membawa masuk kad kredit palsu ke Thailand.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan