Polis Tahan 4 Lelaki, Rampas 168g Heroin

Diterbitkan: Rabu, 5 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Polis menahan empat lelaki dipercayai pengedar dadah dan merampas 168 gram heroin di sebuah rumah di Bandar 2, Paloh Hinai di sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata dalam serbuan 4 pagi itu, suspek yang berasal dari Felda Chini dekat sini dan berusia dalam lingkungan 26 dan 32 tahun ditahan selepas cuba melarikan diri.

"Polis terpaksa memecahkan pintu rumah itu kerana suspek enggan beri kerjasama. Mereka termasuk seorang lelaki yang bertongkat cuba melarikan diri tetapi semuanya dapat ditahan," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau berkata hasil pemeriksaan, polis menemui heroin seberat 168 gram yang dianggarkan bernilai RM10,000 dan merampas beberapa peralatan menghisap dadah serta plastik lutsinar dipercayai digunakan untuk membungkus dadah.

Selain itu, polis merampas wang tunai RM800, tujuh buah telefon bimbit pelbagai jenama, sebuah tablet, sebuah kereta Honda Jazz dan sebuah kereta Honda Civic yang digunakan suspek.

"Siasatan awal mendapati kesemua suspek positif dadah dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah.

"Mereka dipercayai aktif mengedar dadah sejak dua tahun lepas dan menggunakan rumah yang baru sebulan disewa itu untuk membungkus dadah sebelum diedarkan ke pasaran sekitar Paloh Hinai, Chini dan Bandar 2," katanya.

Yahaya berkata kesemua suspek itu, yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan