Bapa Cedera Ditikam Anak Akibat Selisih Faham

Diterbitkan: Rabu, 5 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Seorang warga emas cedera ditikam di bahagian perut oleh anaknya susulan perselisihan faham dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Seterpa, Bukit Marak, di sini Rabu.

Anak saudara mangsa, Sauli Mokthar, 47, berkata pada pukul 6.30 pagi mangsa Ibrahim Che Mud, 62, ditikam menggunakan pisau oleh anak ketiganya yang berumur 29 tahun di dalam biliknya.

"Saya yang ketika itu sedang tidur dikejutkan dengar jeritan mangsa, bergegas ke bilik mangsa dan mendapati kedua-dua beranak itu sedang bergelut sebelum mangsa jatuh akibat ditikam.

"Anaknya yang merupakan penganggur kemudian melarikan diri dengan kereta selepas menikam bapanya beberapa kali," katanya ketika ditemui pemberita.

Sauli berkata mangsa kemudian dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian di sini dan keadaannya dilaporkan stabil.

Sementara itu, isteri Sauli, Fairuz Che Mat, 42, berkata beliau yang sedang bercuti di rumah bapa saudaranya itu sejak lima hari lalu tidak menyangka kejadian seumpama itu berlaku.

"Mangsa hanya tinggal berdua dengan anaknya," katanya sambil menambah tiga lagi anak warga emas itu tinggal di beberapa bandar lain.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, namun berkata masih mengumpul maklumat lengkap mengenainya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan