Anggota Polis Mati Ditembak Tiada Musuh - Ahli Keluarga

Diterbitkan: Rabu, 5 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keluarga T.Thivakaran, anggota Cawangan Khas yang mati ditembak di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan di sini pada Selasa tidak mengesyaki mangsa mempunyai musuh sehingga menyebabkan dia dibunuh.

Menurut bapa saudara mangsa, Ashok Kumar, 56, seorang ahli perniagaan, anak saudaranya itu seorang yang baik hati, bertanggungjawab dan sangat rapat dengan ibunya.

"Ahli keluarga kami sangat terkejut menerima (berita) kematian ini," katanya ketika ditemui pemberita di ruang menunggu Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini Rabu.

Ashok berkata mangsa merupakan anak sulung daripada dua beradik kepada pasangan P.Thangavelu dan M.Selama yang berasal dari Chemor, Perak.

"Bapanya merupakan seorang pesara polis, dialah yang menggalakkan anaknya (mangsa) menceburi bidang kepolisan ini.

Ashok berkata, mendiang menyertai polis sejak 1997 dan masih bujang.

"Kali terakhir saya berjumpa dengannya sebulan lalu, mendiang amat sibuk dengan tugasnya kerana sering berada luar daerah.

"Mayat mendiang akan dibawa pulang ke rumah saya di Klang hari ini dan upacara membakar mayat dilakukan esok pagi," kata Ashok.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang semalam, Thivakaran, 37, ditemui mati dalam keadaan terbaring dengan dua kesan tembakan di muka dan mata kanan di Bukit Persekutuan, di sini. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan