77 Warga Asing Ditahan Bantu Siasatan Kes Gaduh Warga Indonesia-Bangladesh - Berita Jenayah | mStar

77 Warga Asing Ditahan Bantu Siasatan Kes Gaduh Warga Indonesia-Bangladesh

Diterbitkan: Rabu, 5 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis menahan 77 warga asing di tapak projek sebuah hotel di Jalan Teluk Kumbar, Bayan Lepas di sini bagi membantu siasatan insiden pergaduhan melibatkan dua lelaki Indonesia dan seorang lelaki Bangladesh petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 28 warga Indonesia termasuk seorang wanita, 34 Bangladesh dan 15 Myanmar berusia antara 20-an dan 30-an.

"Kesemua warga asing itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh kerana mereka berada di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi di sini Rabu.

Mereka yang bekerja di tapak pembinaan hotel itu, turut disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 atas pelbagai kesalahan Imigresen.

Lai berkata dalam kejadian 7.20 petang itu, tiga lelaki terbabit cedera di kepala, tangan dan badan akibat bergaduh sesama sendiri menggunakan kayu dan besi.

Mereka dirawat di Hospital Pulau Pinang. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan