Tiga Lagi Lelaki Ditahan, Kesan Semula Wang Rompakan RM118,000

Diterbitkan: Selasa, 4 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lagi lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian rompak dan bakar van milik syarikat keselamatan membabitkan kerugian RM3.36 juta di Ijok, Kuala Selangor pada 28 Januari lepas.

Polis turut menemui semula wang tunai bernilai RM118,000 daripada suspek berkenaan, yang dipercayai sebahagian daripada hasil rompakan.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata tangkapan terbaru itu menjadikan jumlah tangkapan setakat ini kepada enam orang termasuk tiga pengawal keselamatan yang ditahan pada hari sama semasa kejadian bagi membantu siasatan.

"Tangkapan terbaru ini iaitu tiga lelaki berusia lingkungan 30 dan 40-an ini masing-masing diberkas di Meru, Sekinchan dan Shah Alam.

"Hasil siasatan awal ke atas ketiga-tiga lelaki yang mempunyai rekod jenayah lampau itu, menunjukkan hasil positif dan yakin kes ini dapat diselesaikan cepat dan kita juga sedang menjejak saki baki kumpulan ini," katanya dalam sidang media di sini, Selasa.

Dalam perkembangan lain, polis akan merakamkan esok keterangan bapa yang telah mengelar hingga mati anak perempuannya berusia tujuh tahun.

Dalam kejadian pada 30 Jan lepas, lelaki itu turut mencederakan dua lagi anak perempuannya berusia 10 dan 12 tahun di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan