Polis Buka Kertas Siasatan Klip Video Teresa

Diterbitkan: Selasa, 4 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan terhadap anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok berikutan penerbitan video Tahun Baharu Cina baru-baru ini yang dipercayai melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata Kok kini disiasat mengikut Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwa menghina pemimpin negara.

"Kami sedang menjalankan siasatan terhadap perkara itu," katanya kepada pemberita selepas seminar pencegahan jenayah Kampus Kor Suksis Universiti Malaya, di sini, Selasa.

Kok yang juga naib pengerusi DAP, didakwa terbabit dalam penerbitan klip video bertajuk 'Onederful Malaysia CNY 2014' yang tersebar luas melalui laman YouTube sejak Isnin lepas.

Dalam video klip berdurasi hampir 12 minit itu, Kok berlakon sebagai pengacara yang menemu ramah tiga tetamu mengenai Feng Shui pada Tahun Baharu Cina untuk tahun ini dan tetamu undangan Kok itu mengeluarkan kenyataan menyindir dalam beberapa perkara, antaranya mengenai pemimpin negara, sistem pendidikan dan isu keselamatan di Sabah. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan