Kedai Emas Di One Utama Dipecah Masuk

Diterbitkan: Selasa, 4 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa peti besi berisi barangan kemas dipecahkan oleh perompak menggunakan bahan Oxytelene dalam kejadian samun di sebuah kedai emas di kompleks beli belah One Utama di sini.

Dipercayai nilai kerugian melebihi RM1 juta.

Ketua polis Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata kejadian tersebut dipercayai berlaku empat hari lalu ketika kesemua premis perniagaan di situ ditutup kerana cuti perayaan Tahun Baru Cina.

Menurutnya kejadian itu disedari oleh kakitangan kedai emas tersebut apabila menyambung perniagaan mereka hari ini.

"Setelah tiba di sini pihak polis mendapati beberapa peti besi berisi barangan kemas telah dipecahkan...perompak dipercayai memasuki kedai emas melalui pintu belakang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Katanya pihaknya masih belum dapat mentaksirkan nilai kerugian dan akan meneliti rakaman CCTV di kedai emas terbabit.

"Penggera keselamatan juga tidak berbunyi ketika kejadian, jumlah perompak yang memecah masuk juga belum dapat dipastikan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan