Kastam Terengganu Rampas Rokok Seludup Bernilai lebih RM100,000

Diterbitkan: Selasa, 4 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu merampas 12,907 karton rokok seludup dianggarkan bernilai RM129,742 dalam serbuan di sebuah stor di Kampung Beladau Selat, di sini, Isnin lepas.

Pengarah Kastam Negeri Abdullah Zawawi Abdul Latiff berkata bekalan rokok tersebut dipercayai untuk diedarkan di sekitar Kuala Terengganu khususnya untuk bekalan musim perayaan Tahun Baharu Cina.

"Semasa serbuan pukul 6.45 petang, tiga lelaki tempatan sedang menjalankan kerja-kerja memindahkan rokok dan kesemua suspek yang berusia 37 hingga 45 tahun berjaya diberkas dan kini ditahan reman selama seminggu.

"Kita percaya kesemua lelaki itu terlibat dalam aktiviti pengedaran rokok seludup ini. Selain itu, sebuah kenderaan turut disita," kata kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau juga meminta orang ramai menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan dan penyelewengan secara terus kepada JKDM Terengganu di talian 09-6228477. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan