Polis Akan Teliti Dan Siasat Klip Video Teresa Kok - Wan Junaidi

Diterbitkan: Isnin, 3 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Polis akan teliti dalam menyiasat kenyataan anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok dalam klip video yang didakwa berbaur fitnah, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata sekiranya polis mendapati Kok telah melanggar undang-undang dan Peguam Negara yakin terdapat cukup bukti terhadapnya, kes itu akan dibawa ke mahkamah.

"Tetapi sekiranya tidak berlaku pelanggaran undang-undang, dengan itu AG (Peguam Negara) akan kata tiada tindakan lanjut.

"Dengan itu tiada siapa boleh kata polis dan AG adalah lemah kerana jika kes itu dibawa ke mahkamah dan ditolak, dengan itu AG dan polis akan kelihatan kurang bijak," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan anggota Perkhidmatan Radio Amatur Bencana Sarawak (SARES) di pejabatnya di sini Isnin.

Kok mendakwa video itu 'Onederful Malaysia CNY2014", yang dimuat naik dalam sosial media pada 27 Jan hanya bersifat sindiran dan gurauan dan tidak menghina sesiapa.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Persekutuan Datuk Seri Salleh Mat Rashid sebelum ini berkata polis akan menyiasat klip video berbaur fitnah itu.

Wan Junaidi berkata anggota Parlimen mempunyai keistimewaan tertentu apabila bercakap di parlimen, tetapi ada batasan apabila memperkatakan sesuatu di luar dewan yang mulia itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan