Isu Kain Rentang: Polis Siasat Kedai Cetak

Diterbitkan: Isnin, 3 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Polis Pulau Pinang meluaskan siasatan ke atas kedai percetakan di seluruh negeri ini bagi mengesan pelaku yang mencetak dan merentang kain rentang berhubung penggunaan kalimah Allah di beberapa buah gereja.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata setakat ini sebanyak 133 premis telah diperiksa dan akan meluaskan lagi ke premis lain.

"Setakat ini polis sudah menerima 36 laporan dan merekodkan 23 keterangan berhubung kes ini. Kita masih meneruskan siasatan dan berharap semua pihak bertenang dan bersabar. Biarlah pihak polis yang menyelesaikan perkara ini," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Kain rentang yang dikatakan ditulis dengan perkataan seperti 'Allah is Great' dan 'Jesus is the son of Allah' digantung di luar perkarangan gereja di George Town, Sungai Pinang, Pulau Tikus dan Gelugor.

Susulan itu berlaku pembalingan bom 'molotov cocktail' atau bom petrol di perkarangan sebuah gereja di Lebuh Farquhar, George Town pada awal pagi Isnin minggu lepas.

Abdul Rahim berkata setakat ini pihak polis belum membuat sabarang tangkapan berhubung kes membaling molotov cocktail dan siasatan masih diteruskan.

"Kita menghadapi sedikit kesukaran untuk mengenal pasti suspek kerana mereka memakai topi keledar. Kita teruskan siasatan secara terperinci," katanya merujuk kepada laporan bahawa dua suspek menaiki sebuah motosikal dipercayai melakukan perkara itu.

Terdahulu beliau mengiringi Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid yang mengadakan pemantauan 'Op Selamat' di Pusat Sehenti Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan di Sungai Bakap di sini. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan