Empat Lelaki Ditahan Dua Jam Selepas Pecah Rumah

Diterbitkan: Isnin, 3 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Tidak sampai dua jam selepas empat lelaki memecah masuk dan melarikan barangan berharga dari sebuah rumah di Cherating Perdana, Jalan Kuantan-Kemaman di sini semalam, mereka telah ditahan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Aziz Ahmad berkata kesemua suspek termasuk ketuanya yang berumur antara 21 hingga 24 tahun ditahan di kawasan parkir sebuah hotel di Cherating kira-kira pukul 8 pagi.

"Ketika kejadian pemilik rumah tiada di rumah kerana pulang bercuti di Kerteh, Terengganu sempena cuti Tahun Baharu Cina dan setelah pulang ke rumah mangsa mendapati rumahnya telah dipecah masuk.

"Mangsa kemudian telah membuat laporan polis dan berikutan itu satu pasukan khas telah ditubuh memburu suspek terlibat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Antara barangan yang hilang ialah motosikal, televisyen, alat dekoder dan empat telefon bimbit.

Aziz berkata hasil maklumat orang awam, polis berjaya menahan keempat-empat suspek yang menaiki dua kereta yang yang dilaporkan hilang di Gambang dan bandar ini bulan lepas.

"Kita juga menjumpai pelbagai jenis barangan yang dicuri oleh kumpulan ini seperti barang kemas, jam tangan, pelbagai jenama rokok, buku simpanan bank, tiga komputer riba, tiga televisyen, beg tangan wanita, telefon bimbit, kunci kereta, pemain cakera padat digital (DVD) dan sejumlah duit syiling serta wang tunai berjumlah RM600," katanya.

Beliau berkata polis juga turut merampas satu straw mengandungi serbuk putih dan tiga biji pil Eramin 5 disyaki dimiliki salah seorang suspek dan kesemua barangan yang dirampas termasuk kenderaan dianggar bernilai RM100,000.

"Ujian saringan air kencing yang dibuat terhadap keempat-empat suspek terlibat didapati kesemuanya positif dadah dengan dua daripada suspek juga pernah mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.

Mereka kini ditahan reman selama empat hari dan dengan penahanan suspek, pihak polis percaya dapat menyelesaikan enam kes pecah rumah di Beserah serta bandar ini sebelum ini. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan