Dua Lelaki Larikan RM500,000 Dicari

Diterbitkan: Isnin, 3 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Polis Pulau Pinang masih mengesan dua lagi suspek yang disyaki terlibat dengan kehilangan tiga buah beg berisi wang tunai RM500,000 yang disimpan di dalam sebuah van sebuah syarikat keselamatan di Taman Selat, Butterworth Khamis lepas.

Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata seorang daripada suspek yang dikesan itu merupakan bekas pekerja syarikat keselamatan berkenaan.

"Setakat ini polis telah menahan dua orang suspek iaitu pekerja di syarikat keselamatan terbabit dan usaha giat dijalankan untuk menahan dua lagi suspek," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Dalam kejadian kira-kira 7.45 malam pada Khamis lepas, kehilangan ketiga-tiga buah beg berisi wang tunai yang diletakkan di bahagian tempat duduk belakang itu disedari oleh seorang kakitangan syarikat keselamatan berkenaan yang mahu mengambil beg tersebut untuk disimpan di dalam pejabat.

"Disebabkan hari telah lewat dan bank telah tamatkan operasinya pada hari itu, pekerja berkenaan mahu menyimpan wang yang telah dikutip daripada pelanggan syarikat untuk disimpan di dalam bank di pejabat mereka sementara menunggu bank beroperasi semula selepas cuti sempena sambutan Tahun Baharu Cina," katanya.

Abdul Rahim berkata susulan laporan kehilangan beg berkenaan polis telah menahan dua pekerja syarikat keselamatan itu berusia dalam lingkunan 40-an pada hari yang sama bagi membantu siasatan.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Sementara itu dalam satu perkembangan lain, polis telah menahan 10 lelaki yang disyaki terlibat dengan kes kematian seorang lelaki warga Myanmar dalam satu kebakaran yang berlaku di sebuah rumah di Kampung Pantai Acheh, Balik Pulau pada Sabtu.

"Pada awalnya kita klasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut, tetapi selepas laporan bedah siasat diterima terdapat luka di bahagian kepala mangsa, dan kes ini dikategorikan sebagai kes bunuh," katanya.

Pada kejadian awal pagi Sabtu lepas itu mayat mangsa ditemui rentung dalam keadaan terlentang di lantai.

Katanya kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu Abdul Rahim mengiringi Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rasid yang mengadakan lawatan pemantauan 'Op Selamat' di Pusat Sehenti Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan di Sungai Bakap di sini. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan