Kanak-Kanak Perempuan Tiga Tahun Maut Dihempap Televisyen

Diterbitkan: Ahad, 2 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Kegembiraan sebuah keluarga untuk merakamkan gambar kenangan semasa meraikan Tahun Baharu Cina berakhir dengan tragedi apabila anak tunggal pasangan itu maut selepas sebuah televisyen enghempapnya dalam kejadian di Taman Chai Leng, Perai, di sini malam Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Supt Baharom Abu berkata, dalam kejadian pukul 9 malam itu, keluarga berkenaan sedang bersiap-siap untuk mengambil gambar sebelum kanak-kanak perempuan itu Chew Hui Zhen, berusia tiga tahun, dihempap televisyen saiz 29 inci.

"Televisyen jenis lama iaitu saiz besar dan berat itu diletak di atas sebuah rak yang tingginya tidak sampai satu meter dan dipercayai kanak-kanak berkenaan berdiri di hadapan rak itu untuk mengambil gambar sebelum ia (rak) condong dan televisyen itu jatuh atasnya.

"Akibat kejadian berkenaan, mangsa mengalami kecederaan parah dan dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut, bagaimanapun kanak-kanak itu meninggal ketika menerima rawatan pukul 10.30 malam tadi.

"Kita dimaklumkan kejadian itu oleh pihak hospital dan bedah siasat akan dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini Sabtu.

Baharom berkata, setakat ini polis menyiasat kejadian itu sebagai mati mengejut kerana laporan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

Katanya, pihaknya belum mengambil keterangan daripada ibu dan bapa kanak-kanak itu kerana mereka masih dalam keadaan sedih dan trauma.

"Ketika kejadian beberapa anggota keluarga bapa kanak-kanak itu turut berada di rumah berkenaan dan mereka sedang meraikan sambutan Tahun Baharu Cina," katanya.

Sementara itu, usaha pihak media untuk menemu bual ibu bapa kanak-kanak itu, Chew Hock Soon, 26, dan Phoruethai Sae Lee, 25, di bilik mayat HSJ gagal selepas mereka enggan ditemubual.

Bapa kanak-kanak itu bekerja sebagai tukang paip manakala ibunya merupakan warga Thailand dan tidak bekerja. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan