APMM Rampas 2,125 Liter Petrol Bersubsidi Di Perairan Semporna

Diterbitkan: Ahad, 2 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merampas 2,125 liter petrol bersubsidi yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran melalui perairan Semporna, dekat sini.

Ketua Penguatkuasa Maritim Tawau, Kapten Anor Jaafar berkata kesemua minyak itu dirampas dalam operasi kira-kira 3.40 petang, Jumaat lepas berhampiran Kampung Simunul, Semporna.

"Semasa operasi itu kami telah terserempak dengan sebuah bot yang mencurigakan. Semasa kami cuba menghampiri bot itu, dua individu yang berada di atas bot berkenaan bertindak terjun ke laut dan berenang ke kawasan perkampungan Simunul menyebabkan kami gagal menahan mereka.

"Hasil pemeriksaan ke atas bot berkenaan, mendapati terdapat 85 tong berisi minyak petrol berjumlah kira-kira 2,125 liter," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Anor berkata pihaknya akan terus meningkatkan lagi rondaan bagi memastikan tugas penguatkuasaan dilaksanakan dengan sebaiknya bagi membanteras aktiviti penyeludupan seperti itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan