Wanita Perancis dan Lelaki Tempatan Tanam 24 Pokok Ganja

Diterbitkan: Sabtu, 1 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pokok-pokok ganja yang dirampas polis selepas menyerbu dua unit kondominium dan menahan seorang wanita warga Perancis dan lelaki tempatan pada 29 Januari lalu.
Pokok-pokok ganja yang dirampas polis selepas menyerbu dua unit kondominium dan menahan seorang wanita warga Perancis dan lelaki tempatan pada 29 Januari lalu.

KOTA KINABALU: Seorang wanita warga Perancis dan seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas didapati memiliki pokok ganja yang ditanam di dalam dua unit kondominium di sini.

Wanita Perancis berusia 30 tahun dan lelaki tempatan berumur 25 tahun itu ditahan selepas polis menyerbu kedua-dua unit kondominium berkenaan pada 29 Janari lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, dalam serbuan pada pukul 11.30 pagi itu, pihaknya menemukan sebanyak 19 pokok ganja yang subur dan boleh 'dituai'.

"Hasil siasatan selama satu jam, polis dibawa ke sebuah lagi unit di kondominium yang sama dan di situ sebanyak lima pokok ganja ditemukan dengan dua daripadanya telah 'dituai'.

"Kami juga menemukan setengah kilogram daun ganja yang telah dipetik dari pokok berkenaan untuk dijadikan bahan khayalan," katanya pada sidang akhbar di sini Sabtu.

Beliau memberitahu, dua lelaki berusia 20-an yang sedang berjalan ke arah unit kondominium yang telah diserbu itu turut ditahan untuk membantu siasatan.

Jelasnya, seorang pembantu rumah di unit kedua yang diserbu terpaksa ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

"Polis turut merampas peralatan menjaga dan menuai pokok ganja tersebut. Berdasarkan peralatan dan kesuburan pokok berkenaan, kami percaya suspek merupakan mereka yang mahir dalam selok-belok kehidupan tanaman terlarang tersebut," ujarnya.

Kesemua suspek kini ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan