Tiga Cedera Ditetak Selepas Disamun

Diterbitkan: Sabtu, 1 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Dua lelaki parah manakala seorang cedera ringan selepas ditetak dengan parang dalam kejadian samun oleh lapan lelaki di dua buah rumah kongsi di Bukit Tinggi, Bentong pada Jumaat.

Seorang lagi mangsa sempat melarikan diri dan bertindak menghubungi majikannya sebelum majikannya membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, dalam kejadian 5.00 pagi Jumaat itu kesemua mangsa warganegara Myanmar berusia lingkungan 30 hingga 40-an sedang nyenyak tidur.

"Polis yang ke lokasi kejadian mendapati dua pekerja yang cedera parah itu terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai ditetak dengan parang manakala seorang lagi hanya cedera ringan," katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.

Menurutnya dua mangsa itu dikejarkan ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut sementara mangsa yang cedera ringan itu dirujuk ke klinik berhampiran.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kesemua suspek yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol itu telah memecah masuk rumah kongsi mangsa sebelum bergelut dan menetak mangsa dengan parang.

Katanya, polis turut mendapati pintu rumah yang didiami pekerja Myanmar itu juga dipecahkan dan mendapati sebuah bilik dipenuhi darah dipercayai milik mangsa.

"Antara barang yang hilang sebuah generator dan wang tunai RM800 manakala barang-barang lain masih belum dikenal pasti," katanya.

Mohamad Mansor berkata, polis kini giat memburu lapan suspek terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan