Pelajar Malaysia Ditikam 14 Kali Oleh Perompak

Diterbitkan: Sabtu, 1 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahmad Izat (kiri) masih trauma selepas ditikam sebanyak 14 kali oleh perompak di Nottingham, England.
Ahmad Izat (kiri) masih trauma selepas ditikam sebanyak 14 kali oleh perompak di Nottingham, England.

PETALING JAYA: Pelajar Malaysia, Ahmad Izat Ahmad Mazni yang terselamat dalam serangan ganas di Nottingham, England, masih berada dalam keadaan trauma.

Menurutnya yang berusia 23 tahun, walaupun ditikam sebanyak 14 kali dalam serangan itu namun dia tetap mengejar perompak berkenaan untuk mendapatkan kembali telefon bimbitnya.

Ketika kejadian pada pukul 6.50 petang Ahad, Ahmad Izat sedang berjalan kaki untuk ke rumah kawannya di Dunkirk sebelum dihampiri seorang lelaki yang bertanyakan masa ketika itu kerana tidak mempunyai jam.

"Kejadian itu berlaku begitu cepat. Semasa saya mencari jam, datang dua lelaki yang bersejatakan pisau.

"Mereka meminta barang-barang saya, mereka kelihatan seperti remaja berusia 14 hingga 15 tahun," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Jelasnya, perompak itu melarikan diri selepas mengambil dompet dan telefon bimbitnya.

"Saya menjerit sambil berlari dengan meminta mereka memulangkan semula dokumen penting lain dan mengambil wang berkenaan," ujarnya.

Ahmad Izat memberitahu, apabila mereka menoleh ke arahnya, dia ditikam dan dibelasah oleh suspek.

"Akibat begitu marah, saya tidak berasa sakit dan terus mengejar mereka. Seorang daripada mereka menyerah semula telefon bimbit itu sebelum menghilangkan diri selepas memanjat pagar sebuah kawasan perumahan," jelasnya.

Ahmad Izat terpaksa berjalan sejauh 2 kilometer sebelum ditemui polis yang membawanya mendapatkan perubatan.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan