Pekerja Penghantar Maut Selepas Mercun Meletup Di Muka

Diterbitkan: Sabtu, 1 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Seorang pekerja yang bertugas sebagai penghantar di sebuah kilang meninggal dunia selepas mercun yang dinyalakannya meletup ketika menyambut Tahun Baru Cina.

Lelaki yang dikenali sebagai Sze Joon Choon, 36, sedang menyalakan mercun pada di rumahnya di Permas di sini tengah malam Khamis ketika kejadian berlaku.

Ahli keluarga dan rakan-rakan Sze yang turut berada di tempat kejadian menyaksikan kemalangan ngeri itu apabia mercun berkenaan meletup sehingga menyebabkan kecederaan teruk di mukanya.

Sze dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah di sini dan disahkan meninggal dunia pada pukul 7.30 pagi Jumaat.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata, Sze meninggal dunia akibat kecederaan yang teruk di mukanya.

"Saya memberi amaran kepada mereka yang meraikan musim perayaan supaya menjauhkan diri daripada bermain mercun.

"Tidak perlu mengambil risiko terhadap keselamatan anda terutama semasa menyambut perayaan dengan penuh kegembiraan," katanya.

Sulaiman berkata, pembakaran mercun diharamkan dan polis akan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang didapati membakar mercun.

"Kami juga menerima banyak aduan daripada jiran-jiran mengenai pembakaran mercun yangg mengganggu mereka sehingga mewujudkan suasana yang tidak selesa," katanya.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan