Ali Hamsa Dahului Penerima Darjah Kebesaran Sempena Hari Wilayah

Diterbitkan: Sabtu, 1 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa mendahului senarai 320 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan hari ini. Ali dikurniakan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Turut menerima SUMW ialah bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin Selain itu, seramai 17 orang dianugerahkan Darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri iaitu Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Seri Ronald Kiandee, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ibrahim Muhamad, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Che Mohd Hashim Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Nurmala Abd Rahim dan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Md Ikshan.

Turut menerima SMW ialah Pengerusi Bistro & Theatre Restaurant Sdn Bhd Datuk Seri Dr Victor Wee Eng Lye, Presiden Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Senator Datuk Seri Syed Ibrahim Kader, Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) Senator Datuk Seri Nallakaruppan Solaimalai, Ketua Polis Kuala Lumpur Senior Deputi Komisioner Polis Datuk Seri Mohmad Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pendidikan Tun Abdul Razak Prof Datuk Seri Dr. Md Zabid Abdul Rashid, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan/Pengarah Eksekutif RAM Holdings Datuk Seri Dr. K. Govindan.

Pengerusi Eksekutif Perdana Parkcity Sdn Bhd Datuk Seri Yaw Chee Siew, Pengerusi Eksekutif Asianix Group Sdn Bhd Datuk Seri Md. Tahir Mohammed, Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Glomac Berhad Datuk Seri Fateh Iskandar Tan Sri Mohamed Mansor, Pengarah Pengurusan Kumpulan Tanco Holdings Berhad Datuk Seri Tan Jing Nam, Pengarah Nilai Resources Group Sdn Bhd Datuk Seri Lee Pit Chern dan seorang pesara Datuk Seri Abdul Karim Hussain juga menerima SMW.

Selain itu, 59 individu dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk terdiri daripada Timbalan Menteri Kementerian Belia Dan Sukan Datuk M.Saravanan, Anggota Dewan Negara Senator Datuk Chiew Lian Keng, Pengerusi Perbadanan Labuan yang juga Anggota Parlimen Labuan Datuk Rozman Datuk Isli, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Datuk Noor Azian Shaari, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk P. Nallini, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datin Yeoh Wee Siam, bekas Timbalan Menteri Kementerian Luar Negeri Datuk A.Kohilan Pillay.

Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Abdul Rahman Hasan, Timbalan Ketua Pengarah (Makro), Unit Perancangan Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri Datuk K. Yogeesvaran dan Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan dan Komoditi) di Kementerian Perusahaan Perladangan & Komoditi Datuk Nagarajan N. Marie, Timbalan Ketua Pengarah (Sektoral), Unit Perancangan Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri Datuk Hasan Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) di Kementerian Pertahanan Datuk Zulkafli Abdul Karim, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan) di Kementerian Pengangkutan Datuk Ruhaizah Mohamed Rashid, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) di Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar Datuk Ahmad Jamalluddin Shaaban juga menerima PMW.

Turut menerima PMW ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Yong Bun Fou, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)Datuk Mahadi C. Ngah, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP)Datuk Roslan Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Datuk Mohd Akhir Md Jiwa, Pengarah Hospital Putrajaya Datuk Dr. Nora'i Mohd Said dan Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri Datuk Yahaya Mohamad.

Pengarah PERMATA Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Datuk Dr. Noriah Mohd Ishak, Penyelaras Pelan Tindakan Masa Depan Sekolah Tamil, Jabatan Perdana Menteri Prof Datuk Dr.Rajendran Nagappan, Setiausaha Bahagian Permata, Jabatan Perdana Menteri Datuk Saidatu Akhma Hassan, Setiausaha Perbadanan Putrajaya (Pegawai Undang-Undang ) Datuk Mahiran Md Isa, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor Kawasan N13 Kuang Datuk Abdul Shukur Idrus, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Tabung Haji Datuk Rozaida Omar juga dianugerahkan PMW.

Setiausaha Sulit Kanan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Rahimi Rejab, Setiausaha Peribadi Kepada Tunku Panglima Besar Kedah Datuk Wan Ahmad Muazzam Wan Ismail, Penasihat Parti IPF Malaysia Datuk P. Sugumaran, Timbalan Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia Datuk R. Ramesh, Setiausaha Kerja UMNO Negeri Wilayah Persekutuan Datuk Kamarudin Hassan, Setiausaha Biro Tatatertib MCA Datuk Foo Ton Hin, Ketua Wanita UMNO Bahagian Batu Datuk Maimunah Alwai, bekas Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak Datuk Tamunif Mokhtar.

Pengarah Urusan Ekovest Berhad Datuk Lim Keng Cheng, Pengarah KLCC Property Holdings Berhad Datuk K.Pragasamoorthi, Pengarah Urusan Kumpulan Bonia Corporation Berhad Datuk Chiang Heng Kieng, Pengurus Perolehan Talisman Malaysia Limited Datuk Rohaizak Shafii, Pengarah Urusan Hiro Food Packages Manufacturing Sdn Bhd Datuk Ichiro Suzuki, Pengurus Hotel Pearl Continental Kuala Lumpur Datuk Humayun Mehboob Mehboob Elahi.

Pengerusi Mohd Zin & Group Datuk Pang Kan Ti, Pengerusi Eksekutif Perwira Data Adventure Sdn. Bhd. Datuk Che Wan Chik Din, Pengarah Eksekutif Impessive Comunications Sdn.Bhd Datuk Noorilah Hassan,Pengarah Eksekutif Franden Brothers Sdn.Bhd Datuk Daniel Ling Sia Chin, Ketua Pegawai Eksekutif Simbol Bumimas Sdn.Bhd Datuk Mansor Mahamood, Pengerusi Eksekutif MYGAZ Sdn.Bhd Datuk Mohd Zayad Md Ismail, Pengarah Urusan Bts Land Capital Sdn.Bhd.Datuk Lim Yan Pok.

Turut menerima PMW ialah Pengarah Urusan Ratusan Paksi Security Sdn Bhd Datuk Muhammad Zubairy Husain, Pengarah Urusan Victoria Music Centre (Sg Wang) Sdn Bhd Datuk Lim Yoke Siak, Pengerusi Malaysian Link UK (MLUK) Datuk S. Kanagalingam, Pengerusi Wajah Nichiei Sdn. Bhd. Datuk Lim Soon Foo, Pengarah Urusan SSF Group Of Company Datuk Lee Kok Leong, Pengerusi Persatuan Francais Malaysia Datuk Abdul Malik Abdullah, Presiden Persatuan Peniaga-Peniaga Lebuh Ampang Kuala Lumpur Datuk Abdul Rasull Abdul Razak dan Pengerusi Persatuan Kebangsaan Belia Politeknik Malaysia Datuk Ng Thien Phing.

Pengurus Besar Kelab Golf Perkhidmatan Awam Datuk Mahat Bahari, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia Datuk Shamsudin Bardan, Setiausaha Kehormat Persatuan Olahraga Wilayah Persekutuan Datuk S.Vegayathunam dan Ahli Jawatankuasa Tan Sri Muhyiddin Charity Golf Datuk W Shalihudin W Ibrahim juga dianugerahkan PMW.

Seramai 39 individu lagi dianugerahkan Johan Mahkota Wilayah (JMW), 55 orang dianugerah pingat Kesatria Mahkota Wilayah (KMW), 59 orang menerima pingat Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dan 89 menerima pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW).

Istiadat penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, Jalan Duta di Kuala Lumpur hari ini.

Pengurniaan ini merupakan penghargaan kepada mereka yang banyak menabur jasa, memberi sumbangan dan khidmat cemerlang kepada Wilayah Persekutuan. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan