20 Unit Kedai Papan Sederet Di Pekan Air Mawang Musnah Terbakar

Diterbitkan: Sabtu, 1 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kepulan asap hitam menyelubungi deretan 18 buah kedai menjual pelbagai barangan yang musnah dalam satu kebakaran besar di Jalan Pekan Air Mawang, Johol dekat Kuala Pilah, petang Jumaat. Foto BERNAMA
Kepulan asap hitam menyelubungi deretan 18 buah kedai menjual pelbagai barangan yang musnah dalam satu kebakaran besar di Jalan Pekan Air Mawang, Johol dekat Kuala Pilah, petang Jumaat. Foto BERNAMA

KUALA PILAH: Dua puluh unit kedai papan sederet musnah dalam kebakaran di Pekan Air Mawang, Johol dekat sini Jumaat.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian yang bermula pukul 5.43 petang itu.

Sebanyak lima jentera dengan kekuatan 35 anggota, masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Tampin, Bahau, Telok Kemang serta Alor Gajah, Melaka dikejar ke tempat kejadian sebaik menerima laporan.

Pasukan Bomba Sukarela Dangi dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia turut membantu memadam kebakaran itu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Shazlen Mohd Hanafiah berkata, pasukan bomba tiba di lokasi pada 5.58 petang.

"Kita berjaya mengawal api daripada merebak jam 6.19 petang. Pemeriksaan mendapati tiada kecederaan atau kematian dalam kejadian itu kerana semua pemilik sempat menyelamatkan diri.

"Pasukan bomba masih lagi menjalankan kerja-kerja memadam api sehingga pukul 9 malam untuk memastikan api dapat dipadamkan sepenuhnya," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau difahamkan api yang berpunca daripada sebuah kedai di premis itu merebak dengan pantas berikutan cuaca kering dan berangin.

"Kita masih menyiasat punca kejadian dan anggaran kerugian yang dialami pemilik kedai terbabit," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan