Polis Tahan Penagih Dadah Dekat Bandar Kinrara Dalam Ops Limau

Diterbitkan: Jumaat, 31 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Seorang lelaki yang dikehendaki kerana penyalagunaan dadah pada tahun lepas ditahan dalam satu operasi 'Ops Limau' dekat Bandar Kinrara di sini.

Ketua Polis Serdang, ACP Abdul Razak Elias berkata, seorang penduduk Taman Dato Harun yang berusia 50 tahun dibawa ke Balai Polis Bandar Kinrara pada pagi Khamis bagi menjalani ujian air kencing.

"Suspek didapati positif dadah. Dia direman bagi memudahkan siasatan," katanya.

Beliau menambah, serbuan dadah merupakan salah satu daripada pelbagai usaha yang dikendalikan oleh pihak polis bagi membanteras aktiviti jenayah semasa musim perayaan.

"Seramai 34 pegawai dari balai polis Bandar Kinrara, Serdang, Seri Kembangan dan Puchong mengadakan sekatan jalan di empat kawasan berbeza bagi memburu penunggan motosikal yang melakukan kesalahan.

"Pemeriksaan secara rawak dilakukan terhadap penunggang motosikal bagi memastikan mereka mematuhi peraturan jalan raya terutama semasa musim perayaan di mana keadaan lalu lintas dijangka sesak," kata ACP Abdul Razak.

Selain mengenal pasti pesalah trafik, Ops Limau turut mengadakan operasi terhadap aktiviti pecah rumah, judi, dan memiliki bunga api secara haram.

"Kita tidak akan bersikap lembut terhadap mereka yang menyalahi undang-undang walaupun ketika musim perayaan.

"Ia adalah mengenai tugas kita bagi memastikan orang ramai dapat menyambut Tahun Baharu Cina tanpa perlu bimbang terhadap keselamatan mereka," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan