Isteri Didera Enggan Beri Wang Kepada Suami

Diterbitkan: Jumaat, 31 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Seorang wanita didera oleh suaminya kerana enggan memberi wang RM100 kepada suaminya yang juga seorang penagih dadah di rumah mereka di Kampung Temusu, Limbat, di sini Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Azham Othman berkata, dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, lelaki berusia 26 tahun tersebut dilaporan memukul kepala isterinya yang berumur 21 tahun dengan belakang kapak dan mengikat leher isterinya dengan rantai dan dikunci dengan mangga.

Beliau berkata, anggota keluarga mangsa yang menyedari kejadian itu telah menghubungi pihak polis, namun lelaki tersebut sempat melarikan diri apabila polis tiba.

Wanita berkenaan kini sedang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Mangsa yang baru melahirkaan anak kedua, ketika ditemui di hospital berkata dia masih trauma dengan kejadian itu.

"Saya takut untuk kembali ke rumah itu lagi dan menganggap hubungan antara kami (dengan suami) telah berakhir. Sekarang tumpuan saya ialah untuk membesarkan dua anak saya dan berharap perkara ini tidak berlaku lagi kepada saya," katanya yang telah tiga tahun mendirikan rumah tangga dengan suaminya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan