Dua Penjenayah Kes Tembak Berhampiran Plaza Tol Behrang Diberkas

Diterbitkan: Jumaat, 31 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Dua penjenayah yang melarikan diri ke kawasan hutan selepas kejadian berbalas tembakan dengan polis berhampiran Plaza Tol Behrang, Isnin lepas, berjaya diberkas dalam dua serbuan berasingan di Slim River, kira-kira 70km dari sini.

Suspek pertama, 24, ditangkap ketika sedang tidur di sebuah rumah kongsi di Kampung Balun, Slim River pukul 3.10 petang, Selasa lepas, manakala suspek kedua berusia 27, ditangkap pada 10.50 pagi Khamis ketika berjalan kaki mendaki sebuah bukit terletak dua kilometer dari rumah kongsi itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata hasil siasatan mendapati kedua-dua lelaki itu adalah suspek yang meninggalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Audi Q7 selepas berbalas tembakan dengan pihak polis di tepi Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Behrang. "Mereka diberkas empat kilometer dari tempat kenderaan SUV itu ditinggalkan dan kita masih mengesan senjata yang digunakan dalam kejadian itu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini. Mohd Dzuraidi berkata ia adalah berdasarkan barangan yang ditemui bersama suspek iaitu wang tunai dan sekeping cek bernilai RM17,000 yang disamun dalam kejadian di Rawang, Selangor pada Isnin lepas.

Polis turut menjumpai dua telefon bimbit, wang tunai RM648, 10 dolar Singapura, lesen memandu milik Fazrul Zainol, lesen cukai jalan serta beberapa kad bank, katanya.

Mohd Dzuraidi berkata polis percaya kedua-dua suspek daripada sekumpulan penjenayah dipercayai serpihan Geng Mamak.

"Kedua-dua suspek ditangkap berdasarkan maklumat awam selepas polis menggerakkan Op Kesan selepas mereka berjaya meloloskan diri bersembunyi di kawasan hutan berpaya berdekatan plaza tol itu, Isnin lepas.

"Semasa ditahan, kedua-dua suspek dalam keadaan basah dipercayai disebabkan persekitaran hutan yang berpaya selain mengalami keletihan," katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian samun kenderaan jenis SUV Volkswagen Touareg berhampiran kedai ubat di Bercham, di sini pada Rabu lepas turut melibatkan kumpulan penjenayah sama.

Mohd Dzuraidi berkata selain itu kumpulan penjenayah berkenaan menggunakan lebih daripada satu kenderaan semasa kejadian samun di Rawang, katanya.

Beliau berkata kumpulan penjenayah berkenaan dipercayai terlibat beberapa kes samun di daerah Taiping, Ipoh, Kerian dan Rawang selain di negeri Kedah, Pulau Pinang serta Johor.

Kedua-dua suspek yang mempunyai rekod orang dikehendaki berkaitan kes dadah serta terlibat kes curi kenderaan motor dan pernah dikenakan Langkah-Langkah Pencegahan sebanyak tiga kali itu, direman sehingga 4 Feb ini, katanya.

Beliau berkata Geng Mamak yang merupakan kumpulan penjenayah terancang dan paling dikehendaki polis yang menggunakan kenderaan mewah untuk kegiatan mereka sebelum ini dikesan kembali aktif sejak tiga bulan lepas.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan