Polis Cekup Dua Beranak Penagih Dadah, Rampas Senapang Angin

Diterbitkan: Khamis, 30 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BALIK PULAU: Polis menahan dua beranak menagih dadah dan merampas selaras senapang angin di sebuah rumah di Pulau Betong, dekat sini pada Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata nelayan berusia 46 dan 18 tahun itu tidak memiliki lesen menyimpan senjata api.

"Kita sedang menyiasat kegunaan senjata itu. Hasil ujian air kencing mendapati mereka positif dadah syabu," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau berkata dalam serbuan 6.15 petang itu, polis turut merampas 4.14 gram dadah jenis syabu, tujuh paket air ketum dan sembilan butir peluru penabur yang disembunyikan di dalam almari pakaian di rumah berkenaan.

Polis turut menahan seorang lelaki yang tinggal bersama mereka untuk membantu siasatan.

Lelaki itu dibebaskan dari penjara beberapa bulan lepas atas kesalahan memiliki barang curi.

Lai berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntuk penjara tidak melebihi lima tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes itu juga disiasat menurut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana menyimpan senjata api tanpa lesen dan Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 atas kesalahan memiliki peluru. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan