Pelajar Malaysia Di UK Terselamat Selepas Ditikam Beberapa Kali - Berita Jenayah | mStar

Pelajar Malaysia Di UK Terselamat Selepas Ditikam Beberapa Kali

Diterbitkan: Khamis, 30 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang pelajar Malaysia yang mengikuti pengajian di Universiti Nottingham telah dirompak oleh tiga remaja dan kemudian ditikam beberapa kali kerana cuba mengejar mereka untuk mendapatkan semula barang-barangnya, lapor Astro Awani.

Ahmad Izat Ahmad Nazmi, pelajar Ekonomi Perindustrian sedang berjalan seorang diri dari kampusnya pada petang Isnin apabila remaja lelaki dipercayai berusia antara lapan dan 14 tahun, datang kepadanya untuk bertanyakan sesuatu.

Walau bagaimanapun, sebelum dia menjawab, salah seorang daripada mereka mengeluarkan pistol manakala yang lain mengeluarkan keluar pisau, serta mengambil dompet, jam tangan, telefon bimbitnya dan melarikan diri.

Ahmad Izat berkata walaupun mendapati pistol yang dikeluarkan adalah palsu, dia tetap meminta mereka untuk tidak mencederakan dirinya.

"Mereka mengambil dompet saya, telefon bimbit saya, mereka cuba mengambil jam tangan saya dan saya merayu kepada mereka supaya memberikan semua yang saya perlukan, seperti kad ID pelajar atau apa sahaja bentuk pengenalan, jadi saya boleh membuat laporan polis menggunakan pengenalan diri tersebut," katanya, menurut stesen TV.

Dia berlari mengejar kumpulan remaja lelaki terbabit dan berjaya menagkap salah seorang daripada mereka dan meminta kembali telefonnya.

Kemudian, dua rakannya mula menikam dirinya berulang kali.

Ahmad Izat berkata dia telah menumbuk salah seorang daripada mereka dan memukulnya, tetapi dua yang lain tetap menikam dirinya.

Pejalan kaki dan penduduk di kawasan itu mendengar suaranya meminta bantuan tetapi diabaikan sehinggalah selepas lima minit serangan, salah seorang daripada mereka bersetuju mengembalikan telefonnya jika dia berhenti mengejar mereka.

"Salah seorang daripada mereka memulangkan telefon saya dan mereka mula berlari."

Ahmad Izat, bagaimanapun, mula mengejar mereka sekali lagi untuk menangkap sekurang-kurangnya seorang daripada mereka, tetapi tidak berjaya kerana mengalami kesakitan dan dipenuhi darah.

Seseorang telah membantunya untuk menelefon polis, membawanya ke hospital di mana dia menerima 11 jahitan.

Kes itu kini sedang disiasat mengikut stesen TV tersebut.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan