Kastam Rampas Mercun Dan Bunga Api Bernilai RM2.8 Juta

Diterbitkan: Khamis, 30 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Badaruddin (dua, kiri) bersama pegawai-pegawai penyiasat, menunjukkan mercun dan bunga api bernilai RM2.8 Juta yang dirampas  sekitar Batu Arang, Rawang, Selangor. 
foto - BERNAMA
Badaruddin (dua, kiri) bersama pegawai-pegawai penyiasat, menunjukkan mercun dan bunga api bernilai RM2.8 Juta yang dirampas sekitar Batu Arang, Rawang, Selangor. 
foto - BERNAMA

PELABUHAN KLANG: Jabatan Kastam Diraja Selangor merampas mercun dan bunga api seberat 60 tan bernilai RM2.8 juta dalam satu serbuan ke atas empat stor di kawasan ladang kelapa sawit sekitar Batu Arang, Rawang pada Ahad lepas.

Pengarahnya, Badaruddin Mohamed Rafik berkata serbuan dijalankan hasil maklumat orang awam dan siasatan mendapati stor tersebut digunakan sebagai tempat menyimpan barang larangan itu bagi kegunaan semasa sambutan Tahun Baharu Cina hujung minggu ini.

Katanya, dalam serbuan yang sama, pihaknya turut merampas 6.2 juta batang rokok putih tidak sah pelbagai jenama bernilai RM311,200 yang dipercayai diseludup dari negara jiran untuk pasaran tempatan.

Mercun dan bunga api itu mempunyai nilai cukai sebanyak RM1.8 juta manakala rokok putih tidak sah pula bernilai cukai RM2.8 juta.

Bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan semasa serbuan itu dan pihaknya sedang mengesan pemilik ladang berkenaan bagi membantu siasatan.

Badaruddin berkata kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada 10 kali ganda dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barang rampasan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan