Budak Lelaki Enam Tahun Diculik

Diterbitkan: Rabu, 29 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Eryanis Dadamedah menunjukkan gambar Muhamad Zariff yang diculik lelaki yang menaiki kereta jenis Perodua Alza di Taman Damai Impian, Bandar Baru Bangi, Selangor pada Rabu.
Eryanis Dadamedah menunjukkan gambar Muhamad Zariff yang diculik lelaki yang menaiki kereta jenis Perodua Alza di Taman Damai Impian, Bandar Baru Bangi, Selangor pada Rabu.

KAJANG: Seorang budak lelaki berusia enam tahun dipercayai diculik berhampiran tadikanya di Taman Damai Impian di sini.

Muhamad Zariff didakwa diculik pada pagi Rabu dan tidak ditemui sejak itu.

"Kami tidak mahu kehilangannya," kata ibu mangsa, Eryanis Dadamedah, 40, kerisauan.

Menurutnya, ketika menghantar dua anaknya iaitu Muhamad Zariff dan Qaisya yang berusia lima tahun ke tadika yang terletak berhampiran rumah mereka, dia terlihat sebuah kereta jenis Perodua Alza berwarna putih sedang mengekorinya.

"Saya telah membuka pintu depan kereta untuk membolehkan kedua-dua anak saya keluar.

"Semasa anak perempuan saya keluar, seorang lelaki yang turut keluar dari Alza itu datang kepada saya dan menolak saya sehingga jatuh.

"Lelaki yang mengambil anak saya dan memaksanya masuk ke dalam Alza berkenaan. Ia berlaku begitu pantas. Saya masih ingat Muhamad Zarif memanggil "mama...mama" apabila dia dibawa lelaki berkenaan. Pemandu kereta itu memecut laju sebaik sahaja mereka mendapatkan anak saya," katanya.

Bercerita lanjut Eryanis berkata, dia yang tidak dapat meminta bantuan sesiapa hanya dapat mengekori Alza tersebut.

"Saya cuba sedaya-upaya untuk mengejar penculik itu, tetapi mereka hilang selepas melalui satu persimpangan," katanya yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Bangi.

Keluarga itu baru berpindah dari Pulau Pinang sebulan lalu.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan